• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Vida Akan Bina Hotel PQPTRW Berharga RM280 Juta!

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sememangnya antara ahli perniagaan yang boleh dicontohi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Masakan tidak, selepas menjadi penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), wanita berusia 43 tahun ini bakal menubuhkan sebuah hotel bertaraf enam bintang.

Hotel dilengkapi kemudahan sukan dan riadah itu dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dikhabarkan menelan kos keseluruhan sebanyak RM280 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Memetik Berita Harian, Hotel PQPTRW setinggi 19 tingkat itu nanti akan dibina di tanah keluasan 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV.

“Bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi.

“Jadi, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak mereka perlu hadir perlawanan di Kelantan kerana kemudahan tempat tinggal sudah tersedia.

“Selain itu, hotel itu juga ada kafe sebagai ruang untuk peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara siaran langsung. Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan beramai-ramai walaupun tidak sempat ke stadium.

“Taman tema juga dibina di sekitar hotel bagi membolehkan seisi keluarga beriadah di lokasi terbabit. Apa saya usahakan ini adalah untuk bangunkan lagi skuad PQPTRW sehingga dapat tempat di pentas antarabangsa,” katanya.

Semoga impian dan harapan Datuk Seri Vida tercapai dan prestasi pasukan PQPTRW akan sentiasa berada dalam prestasi terbaik bagi membuktikan keupayaan dan kebolehan mereka di bawah pengurusan yang baharu. – MYNEWHSUB.CC

Tags: Datuk Seri VidahotelKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd