• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Serba Guna ‘Rumah Perlis’ Di Kaherah Bagi Kemudahan Pelajar

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya dengan membina dewan serba guna di ‘Rumah Perlis’ di sini untuk kegunaan pelajar Perlis.

Dewan itu yang boleh menampung seramai 300 orang pada satu-satu masa, dilengkapi pendingin hawa untuk kegunaan hampir 500 pelajar Perlis di Kaherah dalam menjalankan aktiviti hujung minggu.

Selain dijadikan asrama yang dihuni hampir 100 pelajar Perlis, Rumah Perlis turut dijadikan Rumah Tetamu dan disewakan kepada masyarakat Islam di Kaherah serta tempat tinggal sementara pelajar yang tiada tempat tinggal.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melyu Perlis (MAIPs), berkenan merasmikan dewan itu yang dinamakan Dewan MIDF-MAIPs, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Ketua Kumpulan Operasi Pengurusan MIDF Abdul Malek Abdul Hafiz.

Ketika ditemui Bernama selepas majlis perasmian itu, Abdul Malek berkata MIDF bekerjasama dengan MAIPs sejak tahun 2010 dalam melaksanakan program CSR berlandaskan pendidikan.

Katanya pada 2010, MIDF membina 27 rumah baharu dan membaik pulih tiga rumah keluarga miskin tegar di Perlis di bawah Program Rumah Murni MIDF manakala pada 2012, agensi itu membina 17 rumah baharu dan membaik pulih dua buah rumah.

“Kumpulan MIDF melaksanakan tanggungjawab CSR dengan harapan kediaman baharu membolehkan anak-anak penerima yang bersekolah dapat mentelaah pelajaran dengan lebih selesa dan selamat,” katanya.

Abdul Malek berkata pada 2011, MIDF membina empat tadika Islam dan tiga buah dibaik pulih, membina dewan makan Sekolah Menengah Agama Al Islahiyah serta menyumbang komputer terpakai kepada sekolah agama di Perlis.

Katanya pada tahun lepas MIDF dan MAIPs bekerjasama menubuhkan pusat tuisyen Pusat Celik Minda di Batu Bertangkup, Chuping yang memanfaatkan 40 orang murid dari lima buah sekolah yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun itu.

“Bagi tahun 2016 pula, MIDF memperluaskan program itu kepada 40 orang murid Tahun 6 manakala 40 murid Tahun 5 akan terus menikmatinya bermula bulan Mac hingga September ini,” katanya.

MIDF ialah sebuah kumpulan syarikat kewangan bersepadu yang kukuh mengandungi Jabatan Kewangan Pembangunan yang berhubung terus dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MIDF Amanah Investment Bank Berhad dan MIDF Amanah Asset Management Berhad.

MIDF yang dimiliki penuh oleh Permodalan Nasional Berhad, menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan kompetitif dan dinamik dari aspek skim bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana, pelaburan amanah saham korporat dan perbankan pelaburan korporat. – BERNAMA

Tags: pelajarPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd