• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cucu Tak Ambil SPM Mahu Jaga Datuk, Nenek

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KETIL – Seorang cucu di Kedah yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana mahu menjaga datuk dan nenek angkatnya.

Nor Alia Mohd. Lutfi, 17; yang tinggal dengan datuknya Othman Yahya, 85; dan neneknya Wan Hasnah Abdul Rahman, 57; sejak lahir berkata kedua-duanya memerlukan orang untuk menjaga mereka yang sudah tua dan turut menghidap pelbagai penyakit.

Wan Hasnah terlantar sejak November tahun lalu akibat menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang manakala Othman kerana sakit tua.

“Saya kasihan melihat keadaan mereka yang memerlukan seseorang untuk menjaga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia berkata neneknya perlu berulang-alik 12 kali dalam sebulan ke sebuah pusat dialisis dan terpaksa mengupah orang untuk mengangkat dan menghantarnya membuat rawatan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim yang melawat pasangan itu berjanji untuk memberi sumbangan RM700 sebulan.

Beliau juga berkata beliau akan memastikan Nor Alia dapat bersekolah semula.

Pihak yang ingin menyalur bantuan boleh menghubungi Nor Alia melalui talian 013-5384375 atau akaun Bank Simpanan Nasional milik Othman 02126-29-83139253-0. – BERNAMA

Tags: hidup susah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahu Berjaya, Kegagalan Buat Haqiem Lebih Dewasa

23/01/2018
0

BAKAT besar yang dimiliki oleh penyanyi remaja Haqiem Rusli membuatkan ramai tidak tahu kisah kepayahan hidupnya sebelum mencipta nama sebagai...

Guru Wujudkan Tabung, Bantu Farah Lanjut Pelajaran

20/03/2017
0

JOHOR BAHRU - Keluarga angkat Farah Marcella Bandie, pelajar daif yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, telah mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd