• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Kawasan Di Lebuhraya Utara-Selatan Mulai Sesak

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari ibu negara menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan mulai sesak di beberapa kawasan setakat 12.30 tengah hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik di PLUS bagi arah utara dilapor sesak sepanjang tiga kilometer dari Jawi ke Bandar Baharu manakala trafik juga perlahan dari Slim River ke Sungkai akibat kemalangan kecil di KM366.7 di laluan itu.

“Bagi Lebuhraya PLUS arah selatan, hanya satu laluan dari Senai ke Pulai menghala ke utara dilaporkan sesak sepanjang dua kilometer disebabkan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik ke arah Pantai Timur di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qFgSWymaKu4[/wpdevart_youtube]

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd