• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayu Air Akan Mohon Permit Dan Lesen Beroperasi Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bayu Air akan mengemukakan permohonan permit dan lesen untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan sewa khas kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Saifulrizal Raffien.

Beliau berkata Bayu Air yang dimiliki syarikat bumiputera Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd, akan menghantar permohonan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) dan Lesen Operasi Penerbangan (AOC) itu pada 14 Mac.

“Pasukan kami yang berpengalaman dalam permohonan ASP dan AOC sedang membuat persiapan. Kami akan sediakan dokumen yang lengkap untuk DCA,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Teradahulu, Mohd Saifulrizal mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman bagi menjelaskan prapelancaran Bayu Air dan sidang media pada 16 Feb lalu di Kuala Lumpur.

Bayu Air dilapor merancang memulakan operasi pada Ogos ini menggunakan tiga pesawat Boeing 777-200 dengan laluan utama ke Jeddah dan Madinah untuk destinasi umrah selain laluan pelancongan ke China.

Ahad lepas, Azharuddin memaklumkan DCA tidak menerima sebarang permohonan, sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi, daripada Bayu Air.

Azharuddin juga dilapor berkata pihaknya kesal dengan tindakan Bayu Air kerana membuat pengumuman berhubung permulaan operasi sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa.

Mengulas perkara itu, Mohd Saifulrizal menjelaskan prapelancaran tersebut hanya satu majlis untuk memperkenalkan Bayu Air sebagai syarikat penerbangan sewa khas kepada agensi pelancongan dan media mengenai pelan cadangan operasi.

Beliau juga menegaskan bahawa Bayu Air tidak berniat melanggar peraturan 10 dan 17 Akta Penerbangan Awam atau membelakangkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Malaysia.

“Pengurusan Bayu Air memohon maaf atas isu-isu yang berbangkit ini dan semua ini adalah atas kelemahan kami kerana tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak DCA terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Saifulrizal berharap permohonan permit dan lesen untuk beroperasi itu berjalan lancar.

“Kami yakin dapat memperoleh permit dan lesen operasi untuk membolehkan kami beroperasi pada Ogos,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KwshKiKcIT0[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menegaskan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Menerusi...

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd