• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM P.Pinang Tahan Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di Pulau Kendi, dekat sini petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata sepasukan penguatkuasa yang menjalankan rondaan pada 2 petang semalam, mengesan sebuah bot nelayan asing dalam keadaan mencurigakan.

“Bot nelayan itu ditahan pada kedudukan 39 batu nautika barat daya Pulau Kendi dengan jarak kira-kira 36.4 batu nautika dari sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa pemeriksaan ke atas bot nelayan itu, terdapat empat lelaki iaitu seorang tekong serta tiga awak-awak berusia antara 25 dan 30 tahun dan mereka mendakwa tidak menyedari telah masuk ke perairan negara.

“Alasan itu tidak boleh diterima kerana mereka telah masuk jauh ke perairan negara, empat nelayan dan bot mereka ditahan dan dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kamaruszaman berkata sementara itu, hasil tangkapan ikan lebih 100 kilogram yang terdapat dalam bot nelayan itu dilelong manakala bot bersama peralatan menangkap ikan disita APMM.

Katanya, APMM akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang terutama di kawasan sempadan perairan negara bagi mengelak aktiviti pencerobohan haram terus berleluasa.

“Pihak kami sering menerima aduan daripada nelayan tempatan mengenai pencerobohan nelayan asing secara haram, sebab itu kita sentiasa jalankan rondaan dan meningkatkan operasi di sempadan perairan,” katanya sambil meminta orang ramai segera menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd