• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Anggap Ahmad Maslan Kreatif

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa memuji komitmen yang diberikan Datuk Ahmad Maslan sepanjang tempoh khidmat wakil rakyat dari Pontian, Johor itu sebagai Ketua Penerangan Umno.

Menurut Annuar yang baharu mengambil alih jawatan itu sejak akhir Januari lalu, Ahmad berjaya menjalankan fungsinya dengan baik ketika berhadapan serangan daripada musuh politik Umno.

“Banyak perkara baik dan bagus telah dibuat yang saya pun tak terbuat. Datuk Ahmad Maslan terpaksa berfungsi sewaktu menerima peluru paling banyak.

“Beliau diserang secara serentak. Saya beritahu Perdana Menteri yang saya bukan orang terbaik. Saya mungkin tak boleh buat sebaik Datuk Ahmad Maslan,” katanya dalam temubual bersama mStar Online pada Khamis.

Pada 29 Januari lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengumumkan pelantikan Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh sebagai Ketua Penerangan Umno bagi menggantikan Ahmad yang diberikan mandat sebagai Pengerusi Biro IT parti tersebut.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan Ahmad, Annuar turut menyifatkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai seorang pemimpin yang kreatif.

“Saya tak terbuat macam beliau buat dari segi penganjuran banyak program. Beliau kreatif menganjurkan bermacam-macam aktiviti.

“Umno hari ini berada dalam hasil kerja beliau sebagai ketua penerangan, itu adalah fakta yang kita kena terima,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad sering dikritik termasuk selepas mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa cadangannya itu dalam konteks agar rakyat menjalankan perniagaan dalam talian, selain pekerjaan tetap masing-masing.

Malahan, kata Ahmad, beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan iaitu sebagai ahli Parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno pada ketika itu. – mStar Online

Tags: Ahmad MaslanAnnuar Musa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd