• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amyra Rosli Dipilih Jadi Hos Bintang RTM 2016

oleh AK-47
04/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS wajahnya laku di kaca tv sebagai seorang pelakon, Amyra Rosli kini melebarkan sayapnya sebagai seorang pengacara apabila namanya dipilih menjadi hos program nyanyian Bintang RTM 2016.

Menurut aktres cantik ini, dia amat bersyukur dan merasa bertuah apabila mendapat peluang tersebut dan menganggap ini adalah satu lagi platform baginya untuk menceburi cabang seni lain selain dari lakonan.

“Alhamdulillah, impian Amyra untuk menjadi pengacara sedikit demi sedikit terbuka. Amyra sebelum ini pernah jadi co-host sahaja dan untuk jadi pengacara yang utama, inilah kali pertama.

“Siaran langsung di kaca TV pula. Jadi syukur sangat-sangat kerana impian telah tercapai. Pemilihan Amyra kerana apa yang Myra diberitahu, ada sistem undian iaitu siapakah pengacara yang mereka mahukan.

“Dan nama Myra dipilih. Alhamdulillah, Myra terima dan terima kasih kerana diberi kepercayaan ini untuk mengendalikan program besar ini,” katanya yang dipetik Media Hiburan.

Dalam program itu nanti, Amyra bergandingan dengan juruhebah terkenal stesen radio Nasional FM, Muaz Muhamed yang turut berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan.

Bagi memahirkan dirinya dalam bidang hosting, Amyra banyak menonton video-video pengacara-pengacara hebat sebelum ini serta sering berlatih di hadapan cermin bagi memantapkan penghayatan sebagai seorang hos.

“Amyra memang banyak buat latihan. Rakam program TV dan tengok semula cara pengacara tersebut seperti Datuk Aznil Nawawi. Selepas itu, saya akan berlatih pula depan cermin,” katanya lagi.

Bintang RTM 2016 mula bersiaran sejak 30 Januari lalu, pada jam 9 malam yang dipancarkan secara langsung menerusi stesen TV2. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd