KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 4 petang ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.
“Namun aliran trafik perlahan dari arah Port Dickson menuju ke Seremban berikutan berlaku kemalangan di Km61.9,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di semua lebuh raya kendaliannya termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2, bergerak lancar petang ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]Eu1QJufehWg[/wpdevart_youtube]

