• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Semakin Meningkat Setakat 4 Petang

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan semakin meningkat setakat 4 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata jumlah kenderaan bertambah bagi arah utara iaitu dari Jelapang ke Terowong Menora, Kuala Kangsar ke Bukit Berapit dan Perai ke Seberang Jaya.

“Di Hentian sebelah Ladang Bikam arah Utara, PLUS terpaksa menutup sementara hentian ini bagi mengurangkan jumlah kenderaan dan akan dibuka semula apabila keadaan hentian ini tidak terlalu sesak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagi arah Selatan, trafik perlahan dari Nilai ke Seremban dan Pedas/Linggi ke Simpang Ampat.

“Selain itu, di KM160.7 dari Bukit Gambir ke Tangkak, berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori terbalik yang mengakibatkan lorong kiri dan kecemasan terhalang. Ia menyebabkan kesesakan sehingga enam kilometer,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Genting Sempah berdekatan Plaza Tol Gombak turut dilaporkan perlahan.

Keadaan trafik perlahan dan terkawal juga dilaporkan dari Lentang ke Bentong dan Plaza Tol Karak menghala ke Lancang.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd