• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Ada Pilihan Kekal Atau Lepaskan Jawatan Senator

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai pilihan sama ada mahu kekal atau melepaskan jawatan sebagai Senator, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut atau melarang mana-mana Anggota Dewan Negara untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

“Bagaimanapun saya percaya Ahmad Bashah akan membuat pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kesinambungan kepimpinan negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan Ahmad Bashah sebagai Anggota Dewan Negara selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Ahmad Bashah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar esok bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletak jawatan itu hari ini.

Di ALOR SETAR, Ahmad Bashah dalam sidang media berkata beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala surat peletakan jawatan sebagai senator telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ahmad Bashah dilantik sebagai senator oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk tempoh tiga tahun bermula 15 Mei 2013, dan tempoh tersebut dijangka berakhir pada 14 Mei depan.

Sehari selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas, Ahmad Bashah mengekalkan kerusi DUN Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk penggal kelima.

Beliau yang menyandang kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1995, telah menewaskan calon PKR, Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama), Jawahae Raja Abdul Wahid dengan majoriti 895 undi pada Pilihan Raya Umum 2013. – BERNAMA

Tags: Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Mungkin Ambil Tindakan Terhadap Husam Berhubung Krtikan Terbuka

Next Post

Doktor Bunuh Suami Kerana Takut Hubungan Seks Bertiga Terbongkar

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Doktor Bunuh Suami Kerana Takut Hubungan Seks Bertiga Terbongkar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd