Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Video: Penyamun ‘Lalok’ Guna...

SEORANG lelaki yang berjaya ditangkap penduduk dalam cubaan menyamun menggunakan alasan 'sedang berpuasa'...

Mayat Warga Emas Ditemui...

REMBAU - Mayat seorang warga emas ditemui tersangkut di celah pokok di Sungai...

300 Sertai Pertandingan Janggut,...

PORTLAND, Amerika Syarikat – Seramai 300 peserta menyertai pertandingan janggut dan misai tercantik...

Satu DNA Asing Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini dalam perbicaraan...

Adenan Berhak Beri Cadangan ‘Tarikh Pilihan Raya Lebih Awal’

KUALA LUMPUR – Keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk membuat ‘pengumuman awal’ mengenai cadangan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, telah menggemparkan seluruh penduduk Kuching.

Meskipun sudah menjadi kelaziman bagi beliau untuk membuat keputusan yang berani, Adenan bagaimanapun berjaya mengejutkan hadirin pada satu majlis di Santubong, Sarawak pada Jumaat malam, apabila mengumumkan secara terang-terangan mengenai tarikh PRN ke-11 yang dicadangkan pada 30 April manakala penamaan calon pada 18 April.

Beliau dilihat menyimpang daripada norma kebiasaanya, iaitu lebih suka menyimpan rahsia mengenai tarikh keramat berkenaan dan pengumuman tersebut, telah diterima secara positif oleh rakyat sama ada di dalam atau pun di luar bidang politik.

Penganalisis sains politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berpendapat, pengumuman itu memberi dua petunjuk iaitu pemimpin negeri berusia 71 tahun itu bukan sahaja berkeyakinan memenangi PRN ke-11, namun yakin untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.


Kedua, katanya, Barisan Nasional (BN) negeri sudah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori