• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80 Peti Minuman Keras, 80 Karton Rokok Seludup Dirampas

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) merampas 80 peti minuman keras tanpa permit dan 80 karton rokok seludup bernilai RM13,800 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Hamzah di sini, malam tadi.

Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata serbuan pukul 10 malam itu dibuat dengan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

“Dalam pemeriksaan awal, pihak kami menemui beberapa tin minuman keras yang diletakkan di dalam sebuah beg, yang didakwa hanya untuk minuman anggota keluarga bukan Islam itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemui 80 peti minuman keras dan 80 karton rokok seludup yang disorokkan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, Rabu.

Nik Mohamed Noor berkata anggota keluarga berkenaan turut menjual minuman keras tersebut kepada orang Islam dan telah beberapa kali melakukan kesalahan sama sebelum ini.

“Setakat ini, MPKB hanya mengeluarkan sebanyak 35 permit untuk menjual minuman keras kepada peniaga di bandar ini dan ia mengikut kuota yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan dua kompaun terhadap pemilik rumah terbabit di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1987.

Dalam pada itu, Nik Mohamed Noor berkata pihaknya turut melakukan serbuan terhadap sebuah premis yang menjalankan perniagaan shisha di bandar itu.

“Dalam serbuan berkenaan, pihak kami telah merampas lima botol shisha bernilai RM1,000 dan mengeluarkan satu kompaun kepada peniaga tersebut di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1987,” katanya. – BERNAMA

Tags: arakRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd