Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Enggan Salam Guru, Bapa...

PELAJAR yang tinggal di Switzerland diwajibkan berjabat tangan pada awal dan akhir sesi pembelajaran...

MB Selangor Gesa PKNS...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa Perbadanan Kemajuan Negeri...

Azizul Puas Hati Sambutan...

LUNDU - Anak calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu,...

Pihak Berkuasa Indonesia Lakukan...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang...

8 Anak Kapal TUDM CN235 Dibawa Ke Pangkalan Udara Subang

KUALA LUMPUR – Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, dibawa ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan.

TUDM dalam kenyataannya hari ini menyatakan kesemua anak kapal itu diterbangkan dengan helikopter EC 725 dan mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.18 pagi Jumaat.

Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal itu.

TUDM sedang menumpukan usaha untuk membawa keluar pesawat CN235 dari kawasan insiden dan menempatkan anggota Pasukan Khasnya di kawasan itu bagi mengawal keselamatan di tempat kejadian.

Ia juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penduduk di sekitar pantai Kuala Selangor yang memberikan bantuan awal kepada semua anak kapalnya.

Pada 8.50 pagi Jumaat, pesawat CN235 TUDM itu yang membawa lapan anak kapal telah mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.


Lapan anak kapalnya selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan di kawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori