• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Lagi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Di Sarawak Ditutup Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 43 lagi pusat pemindahan mangsa banjir (PP) di daerah Kuching, Serian, Bau dan Samarahan ditutup pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi sejumlah 2,366 orang mangsa daripada 668 keluarga masih berada di 15 pusat pemindahan berbanding 4,251 orang daripada 1,176 keluarga malam tadi.

Katanya 15 buah PP yang masih dibuka ialah lima di Kuching, lapan di Serian dan masing-masing sebuah di daerah Bau dan Samarahan.

Beliau berkata lima pusat pemindahan yang masih aktif di daerah Kuching menempatkan 850 mangsa daripada 201 keluarga, manakala di Serian terdapat 1,413 mangsa daripada 439 keluarga.

“Di Samarahan pula terdapat 80 orang mangsa daripada 24 keluarga masih berada di sebuah pusat pemindahan sementara di daerah Bau, sebuah PP yang masih aktif dengan 23 mangsa daripada empat keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd