Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Maut Dihempap Bas Ekspres...

Sungai Buloh - Seorang lelaki yang juga penumpang kereta maut sejurus kenderaan dinaiki...

Graduan UCAM Disaran Jadi...

PUTRAJAYA - Graduan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) disaran menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya...

Hanya 35% Isi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Setakat 21 Februari lalu kira-kira 10.45 juta atau 35 peratus...

Pecah Tabung Sumbang Van...

KUALA LUMPUR - "Nak tolong orang susah, tak suka tengok orang susah," itu...

2,659 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Melaka Pagi Ini

MELAKA – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu, tujuh pusat penempatan banjir dibuka di Alor Gajah dan masing-masing tiga di Melaka Tengah dan Jasin.

“Jumlah mangsa banjir yang ditempat di pusat pemindahan di Alor Gajah adalah seramai 1,491 orang, pusat pemindahan di Melaka Tengah (1,078 orang) dan Jasin (90 orang),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi Alor Gajah, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam adalah seramai 552 orang, Balai Raya Taman Seri Bayu (492 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (328 orang), Sekolah Kebangsaaan Ganun (59 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Balai Raya Bukit Balai (18 orang) dan dan Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).

Katanya bagi Melaka Tengah pula, seramai 875 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (118 orang), dan Sekolah Kebangsaan Kerubong (85 orang).


Effendy berkata seramai 62 mangsa pula ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 orang).

Beliau berkata JPAM dan beberapa pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan anggota tentera memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zCS6XMSQI3o[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori