Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di...

BEIJING – Sebut sahaja nama China, ramai mungkin kenali negara itu dengan pelbagai barangan...

Untung Bersih Petronas 2017...

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) komited untuk membayar​​ dividen RM19 bilion...

Lelaki Maut Jatuh Dari...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 ke...

Maria Chin, Pegawai Bersih...

PETALING JAYA - Dua aktivis propembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan tidak berdaftar...

Viral Di Media Sosial, 2 Juta Unit Jubah Pahlawan Sudah Terjual!

WOW! Laku habis!

Pereka fesyen “Jubah Pahlawan” telah membuat kenyataan berani mati bahawa beliau telahpun menjual dua juta unit jubah “abam sado” rekaannya yang mencetuskan fenomena luar biasa di media sosial selepas gambar-gambar promosi yang memaparkan model memperagakan jubah-jubah menampakkan sosok tubuh mereka ditempelak hebat oleh golongan netizen.

Syubaili Aziz, pengasas Farbel Exclusive berkata, beliau langsung tidak terkesan dengan komen-komen dan kritikan orang ramai mengenai model jubahnya yang dikatakan kelihatan seperti gay serta rekaan yang tampak seakan-akan baju wanita kerana pemilihan warna yang terang seperti merah jambu, biru elektrik dan hijau pucuk pisang.

“Dalam masa hanya tiga hari, saya telah menjual lebih dua juta,” kata Syubaili kepada Malay Mail Online hari ini melalui satu temubual telefon.

Jubah-jubah tersebut mula menjadi viral selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook berna Rizal Hakimm dan dikongsi sebanyak 18,000 kali di laman media sosial itu.

Menurut Syubaili lagi, kebanyakan unit Jubah Pahlawan yang terjual adalah dibeli oleh pelanggan daripada Brunei, Thailand, Singapura, Taiwan dan Arab Saudi.

Ahli perniagaan tersebut juga mendedahkan bahawa 80 peratus daripada jualannya di pasaran tempatan adalah daripada golongan VVIP, termasuklah bebarapa orang bergelar Tan Sri.

CcJpzCcUYAE_DTZ

Yang lebih menarik, Syubaili juga berkata bahawa terdapat pembeli daripada kaum bukan-Melayu yang turut tidak melepaskan peluang mendapatkan Jubah Pahlawan itu untuk dipakai semasa menziarah rakan taulan yang beragama Islam semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Sebanrnya, jubah yang kami keluarkan ini tidaklah ketat dan agak longgar. Namun, tak sangka pula jadi ketat bila disarungkan oleh model-model kami,” ulas Syubaili lagi.


Tambah Syubaili, Jubah Pahlawan itu direka bersama isterinya, Farrah, untuk memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang berbadan besar untuk bergaya segak.

“Saya senyum sahaja mendengar komen negatif di luar sana. Publisiti yang diterima telah melonjakkan perniagaan saya,” jelas Syubairi.

Sementara itu, salah seorang model Jubah Pahlawan tersebut, Mustaqim Bahadon berkata, ramai yang memanggilnya dengan gelaran gay dan pondan tanpa mengetahui bahawa model-model lain yang terlibat memperagakan jubah itu sebenarnya sudah punya isteri dan anak-anak.

“Apa-apa pun, kami mencari rezeki yang halal. Tiada siapa yang boleh menjatuhkan hukum kepada kita melainkan Tuhan,” kata pemilik akaun Instagram @mustaqimbahadon itu.

Kisah ini mengingatkan penulis akan pepatah Melayu, “Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.”

Jika dilihat kembali, harga seunit Jubah Pahlawan ini adalah RM225. Jika benarlah telah dua juta unit terjual, jadi kiraan matematik mudahnya adalah RM450 juta!-MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=09d-jcohhWE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori