Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

JAKOA Terus Pujuk Masyarakat...

KOTA BAHARU - Usaha memujuk murid Orang Asli untuk kembali ke Sekolah Kebangsaan...

Harga Minyak Disember 2016...

HARGA jualan runcit minyak petrol RON95 dan RON97 serta diesel untuk Disember 2016...

Zahirah Nafi Selfie Depan...

DITUDUH seronok berselfie bersama seorang teman berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin ketika di...

Seorang Lagi Penguat Kuasa...

PUTRAJAYA - Susulan pendedahan mengenai aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai...

Ah Lek: Jasa Najib Pada Sekolah Cina Yang Ramai Tak Tahu..

VETERAN MCA Tan Sri Lim Ah Lek mempunyai rekod membanggakan yang tidak semua ahli politik ada; iaitu pernah berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan berada di samping Perdana Menteri Malaysia itu sebagai rakan sekerja dalam Kabinet.

Satu lagi fakta yang tidak ramai tahu, Ah Lek diserap masuk ke dalam dunia politik oleh Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri yang juga bapa Najib.

“Saya masih ingat dengan jelas tarikh keramat itu – 5 Ogos 1974 – ayahanda (ahli perniagaan Tan Sri Lim Eng) menelefon saya. Pada ketika itu, beliau dalam mood paling tidak baik pernah saya lihat.

“Beliau jerit kepada saya melalui telefon dalam bahasa Kantonis, beliau kecewa saya telah kecewakan PM. Katanya, saya telah bersikap kurang ajar,” imbau Ah Lek.

Sehari sebelum itu, seorang pembantu kanan Razak telah bertemu Alex, nama panggilan mesra Ah Lek, selama tiga jam di sebuah hotel tempatan untuk memujuk beliau yang ketika itu ketua Persatuan Palang Merah yang aktif dan punyai hubungan kuat dengan persatuan-persatuan kaum Cina, untuk menyertai politik.

Bagaimanapun dengan perasaan kecewa pembantu itu melaporkan kepada PM bahawa dia telah gagal memujuk Ah Lek menjadi seorang ahli politik bagi merampas kembali DUN Bandar Kuantan daripada Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Tidak putus asa, Razak mengambil inisiatif mendapatkat Lim Eng, seorang sahabat lama, untuk menamatkan kebuntuan tersebut.

Ah Lek, yang kini berusia 73 tahun, mengimbas kembali sejarah awal pembabitannya dalam arena politik:

“Sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, saya tidak punyai pilihan. Saya hormati bapa saya. Jika bapa saya telah memutuskan sesuatu, saya akan ikut sahaja tanpa menjawab sepatah pun. Asas itulah yang jadi pegangan sehingga akhirnya saya jadi ahli politik. ”

Seperti berjodoh, Ah Lek akhirnya berkhidmat di bawah Najib yang ketika itu merupakan MB Pahang dari tahun 1982 hingga 1986.

Kata Ah Lek, “Ketika itu beliau baru berumur 29 tahun manakala saya berusia 40 tahun dan berkhidmat untuk penggal ketiga sebagai anggota exco kerajaan negeri.”

Ah Lek memberitahu beliau hanya mahu berkongsi cerita tentang Najib untuk mengisi jurang dalam sejarah yang pada pendapatnya perlu direkodkan, kerana Najib sebenarnya telah punyai pengalaman luas dalam bidang politik iaitu selama 40 tahun.

Beliau menambah, terdapat banyak keputusan yang dibuat Najib telah memmberi manfaat kepada pendidikan kaum Cina tetapi kurang diberi liputan meluas dan akibatnya ramai yang berburuk sangka kepada Perdana Menteri keenam itu.

“Saya bukan di sini untuk mengampu Najib. Saya telahpun bersara dan tidak perlu apa-apa ganjaran atau anugerah daripadanya mahupun kerajaan.

“Saya hanya mahu rakyat, terutamanya masyarakat Cina untuk mengenali Najib dengan lebih baik,” katanya.


Keputusan terbesar Najib buat sebagai Menteri Pelajaran adalah melepaskan kuasa beliau yang pada masa itu diperuntukkan di bawah Seksyen 21 (2) Akta Pelajaran 1961 untuk menutup sekolah-sekolah Cina dan menukarkan kesemuanya kepada sekolah kebangsaan, kata Ah Lek.

“Beliau secara sukarela meletakkan jawatan dan melupuskan rasa sangsi kaum Cina terhadapnya serta-merta.

“Ironinya, ramai kaum muda Cina, yang tidak tahu sejarah negara ini telah mengidolakan Anwar Ibrahim tanpa mengetahui bahawa ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran, beliau menolak panggilan masyarakat untuk menghapuskan akta itu.

“Malah, beliau telah mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri memperuntukkan tanah yang dikhaskan untuk sekolah, kepada sekolah kebangsaan sahaja. Perbuatan paling kontroversi adalah menghantar guru besar bukan Cina ke sekolah-sekolah Cina.

“Beliau akan dikenang sebagai Menteri Pelajaran yang secara terbuka mengumumkan bahawa beliau memberi RM10 kepada sekolah-sekolah Cina.

“Kesemua ini bukan cerita yang diada-adakan oleh saya. Semua fakta ini telahpun dilaporkan dengan jelas dalam media.

“Golongan muda hanya perlu Google dan lihat apa yang telah saya katakan. Malah, beliau juga dilaporkan mengarahkan salib di sekolah mubaligh dikeluarkan,” ujar Ah Lek panjang lebar.

“Politik sebenarnya adalah permainan persepsi, sama ada baik mahupun buruk.

“Selalunya, ahli politik yang lantang bersuara akan dianggap sebagai hero meskipun beliau lebih banyak bercakap daripada membikin.

“Beliau mungkin tiada sumbangan apa-apa, namun kerana beliau seorang yang gemar bercakap, mereka yang membantu bangunkan pendidikan kaum Cina tidak dihargai atau lebih teruk lagi ditolak ketepi dan dijadikan sumber kemarahan pula.

“Berfikiran rasional sememangnya payah apabila emosi bermaharajalela.

“Dengan populasi yang semakin sedikit ini, saya berdoa semoga pengundi kaum Cina akan mempertimbangkan pemilihan ideologi politik mereka dan mengundi secara bijak dan berstrategi,” akhiri Ah Lek. - MYNEWSHUB.CC

*Artikel ini dialihbahasa daripada ‘Always supportive of Chinese schools’ tulisan WONG CHUN WAI, The Star Online.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori