• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

oleh Mohd Arshad
06/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BAKAP – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di negeri ini bagi menyelesaikan segala isu yang berbangkit dengan baik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini berikutan selepas kumpulan berkenaan dilaporkan membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Program Dual Language Programme (DLP) yang dijalankan di sekolah mereka.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya tidak mahu mana-mana pihak yang menangguk di air keruh dengan cuba mempolitikkan isu berkenaan termasuk menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum) yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat.

Menurutnya, berdasarkan laporan sentimen yang telah dibuat mendapati ada beberapa pihak yang keluarkan kata-kata rasis dan ambil kesempatan serta membuat tohmahan tidak baik.

“Saya tak mahu mana mana pihak menangguk di air keruh dengan cuba mempolitikkan apa yang sebenarnya yang disampaikan.

“Saya telah arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) teliti komen yang telah dibuat dan ambil tindakan sekiranya ada mana-mana individu atau warganet yang meletakkan komen rasis dan bersifat 3R,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Komuniti Madani Sungai Bakap di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, ada beberapa pihak telah membuat persepsi tidak benar dalam isu berkenaan.

Katanya, difahamkan isu berbangkit berkait bantahan PIBG mengenai dasar DLP untuk pengajaran subjek Sains dan Matematik.

“Bukan dihapuskan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Yang mereka sampaikan itu hanyalah pandangan dan bantahan mereka supaya DLP diteruskan dalam bahasa Inggeris jadi saya yakin Menteri Pendidikan dan Timbalannya akan teliti perkara ini dan menyelesaikan dengan baik,” katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Lembaga Sekolah serta PIBG daripada 11 SMJK dan SMC yang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ia berikutan sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Justeru, mereka menggesa KPM mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP dalam Sains serta Matematik.

SinarHarian-

Tags: Fadhlina SidekMenteri PendidikanPIBGsekolah cina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Next Post

Perhimpunan Agung PBB Pilih 5 Anggota Majlis Keselamatan Baharu

Related Posts

‘Waktu Sekolah Sama Pada Ramadan Ini, Tak Perlu Balik Awal…’ – Fadhlina

‘Waktu Sekolah Sama Pada Ramadan Ini, Tak Perlu Balik Awal…’ – Fadhlina

17/02/2025
0

SEMENYIH : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI...

Guru Ingin Buat Kerja Sambilan Perlu Dapat Kebenaran – Fadhlina

Guru Ingin Buat Kerja Sambilan Perlu Dapat Kebenaran – Fadhlina

22/01/2025
0

KUALA NERUS - Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu, kata Menteri...

Next Post
Perhimpunan Agung PBB Pilih 5 Anggota Majlis Keselamatan Baharu

Perhimpunan Agung PBB Pilih 5 Anggota Majlis Keselamatan Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd