• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Perlis Nasihat Wanita Waspada Ambil Pil Kecantikan

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Golongan wanita di negeri ini dinasihat agar berhati-hati apabila mengambil pil kecantikan kerana ia dikhuatiri mengandungi dadah terlarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Perlis, Rela Ahmad berkata mereka perlu mendapat nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan kesihatan atau kecantikan yang terlalu banyak di pasaran.

“Demi untuk kelihatan cantik, seseorang wanita ada kalanya mudah tertipu terutama apabila pil-pil itu dikatakan mampu menguruskan badan mereka dalam masa singkat sehingga menyebabkan mereka ketagihan,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengarah Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Abdul Rahman Hamid mengenai peningkatan bilangan penagih wanita dalam negara kebelakangan ini.

Peningkatan itu meningkat kepada empat peratus tahun lepas berbanding 0.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Rela berkata wanita di Perlis perlu lebih berwaspada kerana kedudukan negeri ini yang berhampiran dengan sempadan antarabangsa yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada longgokan pil.

Beliau berkata menurut statistik AADK, seramai 1,188 penagih dadah direkod di Perlis tahun lepas, meningkat sebanyak 370 orang berbanding tahun sebelumnya dan 49 orang daripada jumlah itu adalah wanita. – BERNAMA

Tags: ExcoWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd