• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Australia Lantik Ayam Pantau Akaun Twitternya

oleh AK-47
18/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI gimik dilakukan oleh peniaga untuk melariskan produk jualan mereka, dan restoran makanan segera di Perth, Australia ini pun tidak terkecuali: dengan bantuan seekor ayam!

Francais makanan segera bernama Chicken Treat itu bekerjasama dengan agensi pemasaran Marketforce untuk guna khidmat ayam betina, Betty, untuk ‘menaip’ status Twitter restoran bagi menarik perhatian pelanggan.

Dengan berbekalkan sebuah komputer dan talian Internet, Betty dibiarkan ‘mematuk’ papan kekunci hinggalah unggas itu berjaya secara tidak sengaja menulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang boleh difahami manusia.

Baca Ini: Ayam Telanjang, Berbulu Unik Ada Di Dunia

Apa yang lawaknya, setiap tweet atau kicauan yang ‘ditulis’ Betty diletakkan hashtag #ChickenTweet, satu yang mustahil mampu dilakukan sendiri oleh seekor binatang.

Bagaimanapun, penganalisis jenama bebas Michel Hogan menyifatkan kempen tersebut sebagai satu langkah pemasaran yang bijak kerana menyuntik unsur humor.

tweeting-chicken2-600x339
Betty sedang melakukan ‘tugasnya’ sebagai eksekutif media sosial restoran makanan segera, Chicken Treat.

tweeting-chicken-600x310

“Ini bukanlah satu kaedah yang baru dicipta, tetapi saya boleh nampak potensinya untuk berjaya.”

Hogan juga menambah bahawa syarikat-syarikat francais kecil perlukan gimik seperti ini untuk meraih tumpuan di dalam industri yang didominasi oleh syarikat-syarikat gergasi lain.

Sementara itu, Betty pula nampaknya masih belum berjaya menaip perkataan yang boleh difahami.

Baca Ini: Ayam Cemani Digilai Di AS, Digelar ‘Lamborghini’ Sebab Mahal

Kesemua tweet yang ‘ditulisnya’ ternyata merepek dan tidak masuk akal, yang membuatkan para pengikutnya mula meradang.

“Ayam ini merapu betul lah!” kata salah seorang pengikut Twitter Chicken Treat. “Sesiapa tolonglah betulkan tatabahasanya, atau gantikan dengan ayam lain!”

Bagaimanapun, Betty bukanlah burung pertama yang menggunakan media sosial ini. Pada tahun 2011, sebuah majalah Latvia telah mencipta akaun Birds on Twitter.

Ia sebuah akaun di mana burung baka tomtit diberikan ‘ruang’ untuk meluahkan buah fikiran mereka menerusi media sosial mikro tersebut. - MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CsuKDPh_1MU]

Tags: AustraliaayamkelakarTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd