• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Dilihat Masih Relevan Di Sarawak, Kata Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Barisan Nasional (BN) dilihat masih relevan di Sarawak berdasarkan sokongan rakyat pelbagai kaum dan lapisan umur, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata berdasarkan lawatannya baru-baru ini ke Sarawak, penerimaan rakyat terhadap BN dan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga dilihat cukup baik.

“Saya tidak suka perkataan deposit tetapi saya percaya negeri itu akan sentiasa memastikan BN terus relevan di Sarawak,” katanya ketika ditanya adakah Sarawak akan terus menjadi deposit BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong di Restoran Sin Yu Lee, Paloh, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kepimpinan Ketua Menteri Sarawak berada di tahap yang cukup tinggi.

“Ini penting untuk kami buktikan bahawa apa sahaja serangan yang dibuat terhadap parti ini, akhirnya yang akan menentukan adalah rakyat … majoriti rakyat.

“Bukan mereka yang kuat menyorak, bukan mereka yang kuat menuding jari, mereka yang selalu dalam media sosial tetapi pengundi yang akan tentukan jatuh bangun parti,” katanya.

Hishammuddin berkata justeru itu adalah penting bagi kepimpinan parti komponen BN di Sarawak mengekalkan kebijaksanaan, persefahaman dan persamaan dalam mengatur strategi menjelang pilihan raya negeri akan datang.

“Persefahaman antara parti-parti komponen BN di Sarawak mestilah berada dalam satu, perancangan yang rapi dan keduanya mesti bersatu dalam memastikan kemenangan calon-calon kita (BN),” katanya.

Beliau berkata, kebijaksanaan, kesamaan dan persamaan yang telahpun wujud begitu lama dalam BN diharapkan dapat diterjemahkan kepada agihan kerusi pada pilihan raya negeri itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]nbuF8TyXvRg[/wpdevart_youtube]

Tags: BNHishammuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd