• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Akan Kemuka Bantahan Permohonan Khairuddin

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu adalah bagi mencabar keputusan Mohamed Apandi yang memutuskan bahawa tiada apa-apa kesalahan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM2.6 bilion, penyalahgunaan kuasa dan kertas siasatan SRC International.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Mohamed Apandi selaku responden kepada pemberita selepas kes disebut dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Hasniah Ab Razak hari ini dengan dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin selaku pemohon.

Shamsul berkata pihaknya akan memfailkan bantahan itu pada 3 Mac ini.

Sementara itu, Mohamed Haniff berkata mahkamah menetapkan 18 Mac ini untuk mendengar permohonan Khairuddin bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 3 Mac ini.

Pada 3 Feb lepas, Khairuddin memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat Mohamed Apandi pada 26 Jan lepas yang memutuskan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung tiga kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]IAexja66gLY[/wpdevart_youtube]

Tags: Peguam Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Mahu Dapatkan Penjelasan Mahkamah ‘Non-Justiciable’ Berdasarkan Duluan Kes PMX v Sanusi – Yusfarizal

Peguam Negara Mahu Dapatkan Penjelasan Mahkamah ‘Non-Justiciable’ Berdasarkan Duluan Kes PMX v Sanusi – Yusfarizal

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr Yusfarizal Yussoff berpandangan tindakan Peguam Negara (AG) mahu mendapatkan...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd