• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Perlahan

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama berikutan pertambahan jumlah kenderaan, sejak tengah hari Selasa.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd. berkata aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan lebuh raya perlahan sejak 11.30 pagi dan keadaan trafik dijangka meningkat petang ini.

“Antara kawasan yang mengalami kesesakan termasuk Sungai Perak menuju ke Jelapang, Jawi ke Bandar Baharu, Seberang Jaya menuju ke Juru dan dari Bertam ke Sungai Dua di Pulau Pinang.

“Di sebelah selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Bidor ke Slim River, Senawang ke Port Dickson, Nilai ke Bandar Ainsdale dan Senai ke Kulai,” katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Menurutnya, kebanyakan pengguna jalan raya mengambil kesempatan pulang lebih awal daripada jangkaan berikutan cuti panjang sempena cuti sekolah dan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan hanya kawasan Bentong menuju ke ibu kota dan Genting Sempah ke Tol Gombak sahaja berlaku kesesakan.

“Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd