• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Cadang Bentang Laporan Akhir Audit 1MDB Di Parlimen Mac Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bercadang membentangkan laporan akhir pengauditan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat bermula Mac hingga April ini.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata pembentangan itu akan dibuat selepas pihaknya meneliti terlebih dahulu laporan yang akan dibentangkan Ketua Audit Negara kepada pihaknya pada 24 dan 25 Feb ini.

“Laporan Ketua Audit Negara ini sangat penting kerana ia merupakan sumber utama sebagai rujukan kepada PAC dalam membuat rumusan sebelum dibentangkan ke Parlimen nanti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Hasan berkata prosiding membabitkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas
Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada 11 dan 12 Feb ini adalah yang terakhir di bawah tajuk Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB.

Ini memandangkan prosiding membabitkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sudah berlarutan lama sejak Mei 2015 dan maklumat yang diterima melalui sembilan prosiding sebelum ini sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan yang objektif, telus dan adil, jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan berkata tiada keperluan memanggil Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman untuk memberi keterangan berhubung 1MDB.

Hasan menjelaskan bahawa maklumat yang diberikan oleh Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Jan lepas sudah mencukupi, berdasarkan tanggungjawab dan pengetahuan Lodin yang mendalam mengenai operasi syarikat tersebut.

“Selain itu, mengenai 1MDB di bawah Bank Negara pula, perkara berkenaan sudah dijelaskan oleh 1MDB secara terbuka dalam media massa dan ia sudah mendapat ulasan daripada Peguam Negara serta sudah dilaporkan media massa secara terbuka dan meluas,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]FiA4VU66EUI[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDBPAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

PAC Siasat Projek Pan Borneo Sabah, Akan Rujuk SPRM Jika Temui Salah Laku

PAC Siasat Projek Pan Borneo Sabah, Akan Rujuk SPRM Jika Temui Salah Laku

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memutuskan untuk memulakan siasatan berhubung pengurusan, tatakelola kewangan dan pelaksanaan fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd