SEORANG jurugambar bernama Viktorija Pashuta yang berasal dari Latvia dan kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan jurugambar yang sangat berbakat.
Dia pernah memenangi beberapa anugerah jurugambar fesyen dan dikenali dengan gelaran ‘terapi warna’. Satu projek khas telah dilakukan oleh Viktorija dengan peraga fesyen lelaki diminta untuk memperagakan pakaian.
Uniknya busana itu diilhamkan daripada warna tema media sosial. Projek ini diberi nama “What If Guys Were Social Networks”.
Tujuan projek ini dijalankan hanyalah untuk memberikan bayangan tentang konsep media sosial yang dibawa dalam bentuk fesyen pakaian manusia.
Berikut adalah hasil daripada penggambaran yang dilakukan.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_-hEL8MGKKE]