• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

104 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 8 Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sejumlah 104 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Serian setakat 8 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata berlaku sedikit penurunan bilangan mangsa berbanding 124 orang yang dicatatkan 8 malam tadi.

“Jumlah berkurangan berbanding semalam kerana 20 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Gereja Sacred Heart sudah pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 28 orang daripada tujuh keluarga,” katanya ketika dihubungi pagi Isnin.

Siti Huzaimah berkata tiga lagi pusat pemindahan masih kekal dengan jumlah mangsa yang sama seperti dicatatkan semalam.

“Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

“Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa dan dua keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd