• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Zombie La La La’ Kritikal Cari Penaja Kosmetik

oleh
30/01/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA tinggal beberapa hari lagi pementasan akan berlangsung, namun produksi teater Zombie La La La masih tidak dapat penajaan mana-mana pihak meskipun usaha ke arah itu telah dilakukan sejak awal Januari lalu.

Menurut penerbitnya, Siti Rohayah Attan, pihaknya telah mendekati dan mengadakan beberapa perbincangan dengan beberapa penaja yang dikenal pasti berpotensi, namun keputusan diterimanya amat menghampakan.

“Kebanyakan mereka hanya memberikan alasan bahawa keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu buat masa sekarang menyebabkan mereka terpaksa mengambil langkah lebih berhati-hati dalam sebarang penajaan.

“Memang diakui ekonomi masa kini tidak begitu memberangsangkan, namun kami masih berharap ada pihak sudi muncul jadi penaja utama bagi persembahan ini kerana ia mempromosikan pelancongan di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, usaha menerbitkan Zombie La La La dianggap unik kerana menampilkan tempat menarik di ibu kota seperti Zoo Negara, Muzium Negara, Dataran Merdeka, KLCC, Tugu Negara dan Putrajaya sebagai latar cerita.

Dalam masa yang sama, teater ini bertujuan mengetengahkan tentang keberkesanan produk kecantikan buatan anak tempatan yang dianggap sebagai cukup setanding dengan produk sama dibawa masuk dari luar negara.

Baca: Teater Zombie La La La, Bantu Promosi Cuti-Cuti Malaysia

cleo
SITI SALEHA sebagai CleoPapa
memangnak
JANNA NICK sebagai MeMangNak
amar
AMAR BAHARIN sebagai Kapten Cook

“Justeru, saya sangat berharap akan ada syarikat kosmetik yang sudi tampil untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi membantu persembahan Zombie La La La ini khasnya dari segi kewangan.

“Melalui penajaan itu kita akan menampilkan produk tersebutlah yang berjaya mengembalikan kejelitaan dan ketampanan zombie dari seluruh dunia,” kata Siti Rohayah yang juga bertindak sebagai penulis skrip.

Tujuan beliau menumpukan penajaan kepada syarikat kosmetik kerana isi cerita teater tersebut berkaitan dengan wajah hodoh watak zombie dari beberapa negara yang mencari formula untuk cantik di Malaysia.

“Hasil pencarian tersebut, mereka akhirnya berjaya menemui formula rahsia yang dimaksudkan itu sehingga menyebabkan kesemua mereka kembali cantik dan tampan,” tegas beliau lagi.

Bagaimapun, Siti Rohayah berkata, beliau tiada halangan jika ada mana-mana syarikat atau perseorangan yang tiada kaitan dengan produk kosmetik tampil untuk menaja persembahan tersebut.

Dengan adanya penajaan tersebut ujar beliau lagi, ia secara langsung akan dapat meringankan beban tanggungan untuk kos produksi teater yang dijangka menelan belanja kira-kira RM1 juta itu.

Zombie La La La arahan A. Aris Kadir bakal dipentaskan dari 13 hingga 21 Februari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur dengan menampilkan ramai artis terkenal tempatan selain yang dan ada nama tersendiri.

Antaranya Amar Baharin (KaptenCook), Siti Saleha (CleoPapa), Janna Nick (MeMangNak), Amy Mastura (HappyWitch), Hafreez Adam (ElviPasola), Zulin Aziz (Miss-K), Rosnan Rahman (PatihKurnia), Lim Mei Fen (LiliPoh) dan Syed Atiq Wan Long (JinAprait).

Tiket persembahan teater Zombie La La La ini yang berharga dari serendah RM37 boleh dibeli terus di kaunter Istana Budaya atau secara talian menerusi www.AirAsiaredTic.com.

Untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi CTRA Production melalui talian 017-2004549/ 03-61866592/ 03-40265558. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Zombie La La La
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teater Zombie La La La, Bantu Promosi Cuti-Cuti Malaysia

09/02/2016
0

TEATER komedi Zombie La La La yang bakal dipentaskan pada 13 – 21 Februari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur antara...

Erma Dapat Peluang Arah Zombie La La La Di IB Sebab ‘Kroni’?

19/02/2016
0

SELEPAS berjaya mementaskan teater Mak Cun dan Bawang Putih Bawang Merah baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd