Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

34 Ahli Kongsi Gelap...

KUALA LUMPUR - Seramai 34 anggota kongsi gelap berjaya ditangkap menerusi Op Cantas...

Pasca Serangan 11 September,...

ANALISIS GLOBAL - Serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat memasuki ulang tahunnya...

Gambar Muka Hadapan Nat...

BERIKUTAN isu jerebu yang berlarutan berbulan lamanya, majalah National Geographic edisi Indonesia mengambil...

Tiada Penuntut UA Dihalang...

KUALA LUMPUR – Tiada kes penuntut Universiti Awam (UA) dihalang daripada menghadiri Perhimpunan...

Erma Dapat Peluang Arah Zombie La La La Di IB Sebab ‘Kroni’?

SELEPAS berjaya mementaskan teater Mak Cun dan Bawang Putih Bawang Merah baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima tampil dengan karya terbaharunya iaitu teater Zombie La La La.

Screen Shot 2015-12-23 at 1.57.12 AM

Teater muzikal bergenre komedi ini bakal dipentaskan pada 13 sehingga 21 Februari 2016 di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Persembahan kali ini bakal menyaksikan kerjasama antara CITRA Production, Rumah Karya Citra Sdn.Bhd, Istana Budaya, Persatuan Teater Malaysia (PTM) dan Persatuan Generasi Seni Malaysia (GenSem).

Bagaimana pun, timbul ‘cakap-cakap belakang’ mempertikaikan pemilihan berkali-kali Erma bagi mengarah teater yang dipentaskan di Istana Budaya.

Menjawab isu ini Ketua Pengarah Istana Budaya Dato’ Mohamed Juhari Shaarani menjelaskan, pemilihan Erma bukanlah disebabkan ‘kroni’ seperti digembar-gemburkan. Sebaliknya pihak Istana Budaya sendiri meminta Erma untuk mengisi kekosongan slot pada bulan Januari dan Februari tahun hadapan.

Dato’ Mohamed Juhari Shaarani berucap pada sidang media teater Zombie La La La.

Tambah beliau pada sidang media yang diadakan di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya petang tadi, sebelum ini terdapat 5 buah produksi teater yang telah dirancang mengisi slot pementasan di sana, tetapi telah menarik diri di saat-saat akhir kerana pelbagai masalah.


Dalam pada itu Erma yang setuju dengan tawaran Istana Budaya, terpaksa berhempas-pulas demi menjayakan pementasan tak lama lagi. Hal ini kerana dia juga terpaksa menumpukan perhatian untuk drama Mak Cun 2 yang akan memulakan sesi penggambaran sekitar Februari tahun hadapan.

Justeru Erma berkata, dia akan melihat kembali pada waktu dan keadaan, sekiranya dirasakan tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada teater Zombie La La La, maka dia tidak akan turut serta berlakon dalam naskhah berkenaan dan sudah pun mempertimbangkan beberapa nama pelakon lain untuk memegang peranannya itu.

Dalam pementasan tersebut, Erma bukan sahaja mengarah malah sepatutnya melakonkan watak Miss K. Selain Erma teater ini turut dibintangi pelakon popular lain antaranya Amar Baharin, Amy Mastura, Dato Rahim Razali, Hafreez Adam, Janna Nick dan Mei Fen. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori