• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Hamidi Lawat Baraj Sungai Sarawak

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini melawat baraj atau bendungan Sungai Sarawak di sini yang merupakan sebahagian daripada Skim Pengawalan Sungai Sarawak (SSRS).

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang tiba di baraj yang merentangi Sungai Sarawak di Sejingkat itu kira-kira 9.40 pagi.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Kontroller Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS), William Jinep.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kemudiannya diberi penerangan mengenai fungsi baraj dalam menebat atau mengurangkan banjir di Kuching.

Selepas kira-kira 20 minit meninjau keadaan di baraj itu, Timbalan Perdana Menteri kemudiannya beredar ke Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan negeri, bagi mendengar taklimat bencana banjir.

Baraj yang turut mengandungi kekunci “shiplock”, sebuah jejambat dan dua tambak, satu merentangi Sungai Santubong di Bako dan satu lagi di Sungai Sarawak di Pending adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan merupakan sebahagian daripada SSRS.

Projek SSRS yang menelan kos RM150 juta itu merupakan ilham bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, dan dilaksanakan pada Mei 1995 dan siap pada Ogos 1998.

Reka bentuk baraj dibuat berdasarkan keadaan banjir yang berlaku pada 1963 dengan tambahan maklumat pakar-pakar dari Britain dan Denmark.

Struktur itu telah menunjukkan keberkesanannya dalam menebat atau mengurangkan banjir di Kuching. – BERNAMA

Tags: sarawakZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd