• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB ‘Muak’ Layan Dakwaan Tak Berasas Rafizi

oleh AK-47
21/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1MDB hari ini, menafikan dakwaan Rafizi Ramli bahawa kenyataannya yang dikeluarkan pada 14 Januari lalu tidak dijawab.

Realitinya menurut 1MDB, pihak mereka tidak dapat menjawab setiap dakwaan tidak berasas serta tidak benar, apatah lagi yang terbit daripada seseorang yang punyai rekod yang tidak baik seperti Rafizi.

“Kesilapan-kesilapan dakwaan beliau berkenaan banyak perkara, bukan sahaja isu 1MDB, sebelum ini telahpun terserlah pada pandangan umum,” ujar kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, 1MDB memberikan beberapa beberapa penjelasan seperti di bawah: 

SUKUK BANDAR MALAYSIA

Sukuk Bandar Malaysia terdiri daripada empat tranche yang berasingan, yang dikeluarkan pada bulan Februari dan November 2014, dengan jumlah pokok (principal) yang dijana ketika terbitan berjumlah RM1.5 bilion, yang merupakan jumlah tunai yang dijana oleh 1MDB daripada pelabur-pelabur sukuk.

-           Sukuk tersebut distruktur sebagai ‘near zero coupon’, iaitu dengan kadar keuntungan sukuk (kupon) bayaran tunai hanya 0.35% setahun. Baki kadar keuntungan tersebut tidak dibayar secara tunai tetapi dikumpul dan ditambah kepada jumlah pokok yang belum dilunaskan setiap tahun.

-           Hasilnya, pada tempoh matang di antara 2021 – 2024, jumlah pokok terakhir ialah RM2.4 bilion dengan kadar keuntungan efektif di antara 5.85% – 6.05%.

-           Hasil daripada sukuk tersebut telah digunapakai mengikut terma-terma Perjanjian Program Sukuk, yang memberi ruang untuk pelbagai kegunaan: membiayai sebahagian daripada kos projek penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), membiayai fi dan perbelanjaan Program Sukuk, membiayai akaun rizab kewangan dan keperluan modal kerja 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai TRX City Sdn. Bhd.).

-         Oleh itu, jelas bahawa pendapatan daripada sukuk tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selain projek penempatan semula PUKL.

-           Berkenaan penjualan 60% kepentingan kepada Konsortium IWH – CREC, kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan oleh 1MDB sebelum ini telah memberi pencerahan bahawa pemindahan saham tersebut adalah bersyarat, tertakluk kepada kebenaran-kebenaran yang perlu diperolehi, di mana salah satu Syarat Sebelum Penyelesaian (Conditions Precedent to Completion) adalah persetujuan daripada para pemegang sukuk. Sehingga semua Syarat dipenuhi dan Penyelesaian dicapai, tiada saham dalam Bandar Malaysia Sdn. Bhd. akan berpindah dan dengan itu, tidak berlaku sebarang pelanggaran atau keingkaran (default) ke atas dokumen Sukuk tersebut.

-           Ringkasan Sukuk Bandar Malaysia: Adalah jelas daripada penerangan di atas bahawa (a) jumlah tunai yang dijana daripada Sukuk tersebut hanyalah RM1.5 bilion, bukannya RM2.4 bilion seperti yang didakwa oleh YB Rafizi; (b) penggunaan pendapatan daripada Sukuk tersebut adalah mengikut terma dan syarat terbitan Sukuk; dan (c) tiada sebarang pelanggaran syarat di bawah dokumen Sukuk yang timbul hasil pemeteraian Perjanjian Penjualan Saham oleh 1MDB dengan Konsortium IWH – CREC.

PROJEK PENEMPATAN SEMULA PUKL

Pada Jun 2011, sebuah Perjanjian Pembangunan dan Perjanjian Penempatan Semula telah dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan 1MDB, dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.7 bilion yang meliputi pengambil-alihan tanah, pembinaan bangunan-bangunan baru, pembelian peralatan serta penempatan semula kakitangan dan kemudahan. Projek penempatan semula ini melibatkan kawasan terbangun (built-up) baru seluas enam juta kaki persegi, iaitu tiga kali lebih luas daripada kawasan terbangun sedia ada di PUKL seluas dua juta kaki persegi.

-           Sebagai pulangan bagi 1MDB yang bertanggungjawab melaksanakan keseluruhan pembangunan bernilai RM2.7 bilion dan membina lapan pangkalan baharu untuk Kerajaan Malaysia, maka Kerajaan telah bersetuju di bawah Perjanjian Penempatan Semula untuk membayar balik kepada 1MDB melalui kombinasi tunai dan pemindahan tanah.

-           Kerajaan Malaysia memindahkan kepada 1MDB plot-plot tanah tertentu merangkumi projek Bandar Malaysia yang bernilai RM1.6 bilion, seperti yang terdapat dalam penyata akaun diaudit 1MDB. YB Tony Pua dan YB Rafizi, yang seringkali mempunyai pendapat yang sama mengenai isu 1MDB, telah berulangkali mengesahkan perkara ini.

-           Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membayar semula, dalam bentuk tunai, baki RM1.1 bilion kos pembinaan, setelah kos sebenar dibelanjakan dan tertakluk kepada pengesahan dokumen-dokumen daripada 1MDB. Fakta ini telah diketahui umum semenjak 2012, apabila ia telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan ketika itu (Datuk Dr. Awang Adek Hussin) dalam sesi penggulungan Bajet 2012 bahawa “1MDB akan menanggung RM1.6 bilion daripada jumlah kos pemindahan kem-kem Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia. Manakala pihak Kerajaan pula akan menanggung RM1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan kos tersebut.”

-           Sebarang lebihan kos atau penalti akan ditanggung sepenuhnya oleh 1MDB, dengan kos kepada Kerajaan Malaysia kekal pada RM2.7 bilion. Bagaimana 1MDB membiayai obligasinya untuk projek penempatan semula PUKL adalah bergantung sepenuhnya kepada syarikat.

-           1MDB seterusnya melantik PPHM (100% milik LTAT) sebagai Kontraktor Utama (Turn Key) tunggal untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan tertentu. PPHM dan lebih 50 sub-kontraktor Bumiputera di bawahnya akan kekal sebagai Kontraktor Utama tunggal / sub-kontraktor tanpa mengira perubahan pemilikan ekuiti Bandar Malaysia. Oleh itu, tidak timbul isu keselamatan negara berikutan penjualan ekuiti 1MDB dalam projek Bandar Malaysia ini.

-           Ringkasan Penempatan Semula PUKL: Adalah jelas daripada penerangan di atas bahawa (a) kos penempatan semula PUKL kepada Kerajaan Malaysia berjumlah RM2.7 bilion dan akan kekal dengan amaun tersebut; (b) umum telah sedia maklum, semenjak 2012, bahawa pembayaran balik kepada 1MDB adalah dalam bentuk tanah (RM1.6 bilion) dan tunai (RM1.1 bilion); dan (c) tidak timbul persoalan impak ke atas keselamatan negara kerana Kontraktor Utama dan sub-kontraktor kekal sama.

Daripada penjelasan terperinci di atas, jelaslah bahawa YB Rafizi silap di dalam kenyataan beliau tentang skandal membabitkan Bandar Malaysia. Skandal sebenarnya adalah sikap beliau yang tidak bertanggungjawab, walaupun beliau seorang wakil rakyat yang sepatutnya mahir dalam perkara berkaitan kewangan, kerana membuat dakwaan-dakwaan palsu tanpa merujuk kepada fakta.

1MDB, sebuah syarikat 100% milik Kerajaan Malaysia, tetap kukuh dan kekal fokus dalam pelaksanaan pelan rasionalisasinya. Pelan ini telah terbukti berjaya, menyebabkan pihak pembangkang, yang sehingga kini masih belum menawarkan sebarang penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi syarikat, merasa kecewa. - MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNKK Sabah Kompaun Tujuh Premis Di Tanjung Aru

Next Post

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Hadir Prosiding PAC

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Hadir Prosiding PAC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd