• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Hadir Prosiding PAC

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin hadir untuk memberi keterangan pada prosiding Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata prosiding akan bersambung pagi esok kerana ada beberapa perkara lagi yang perlukan penjelasan dan diperhalusi daripada pengerusi 1MDB itu.

“Prosiding hari ini melibatkan Tan Sri Lodin selaku Pengerusi (1MDB). Beliau telah dilantik sejak 20 Okt 2010 (hingga sekarang)… prosiding bermula pukul 10 pagi tadi beri peluang kepada Yang Berhormat beri soalan, kita cuba untuk selesaikan hari ini tapi terpaksa disambung esok,” katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.

Menurutnya PAC akan menentukan kelak sama ada akan memanggil bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Ditanya sama ada PAC berpuas hati dengan keterangan Lodin hari ini, Hasan berkata: “Perkara dibincang tak boleh beritahu… esok akan lebih jelas perkara yang diketahui… hari ini tak sampai separuh.”

Hasan berkata pihaknya cuba untuk menyiapkan laporan prosiding tersebut sebelum akhir Februari ini untuk membolehkan ia dibentang di Parlimen pada Mac depan.

Pada 1 Dis lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy memberi keterengan kepada PAC. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

PAC Siasat Projek Pan Borneo Sabah, Akan Rujuk SPRM Jika Temui Salah Laku

PAC Siasat Projek Pan Borneo Sabah, Akan Rujuk SPRM Jika Temui Salah Laku

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memutuskan untuk memulakan siasatan berhubung pengurusan, tatakelola kewangan dan pelaksanaan fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd