Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Cadang Buka...

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengusulkan cadangan...

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh...

PETALING JAYA - Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Baju Raya Che Ta,...

LAGI beberapa hari menyambut bulan Ramadan, pereka fesyen dan selebriti Malaysia sudah pun...

Zara Zya Kena Label...

"CONFIRM ke awak masuk syurga?" Ini kenyataan panas yang dikeluarkan oleh pelakon, Zarina...

KPDNKK Sabah Kompaun Tujuh Premis Di Tanjung Aru

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah mengeluarkan kompaun terhadap tujuh premis perniagaan di Tanjung Aru selepas didapati melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah, Yahya Sujak berkata premis dikompaun itu adalah sebahagian daripada 50 gerai makan dan minuman yang diperiksa dalam operasi membabitkan 34 pegawai penguatkuasa, semalam.

Beliau berkata kompaun itu dikenakan berikutan peniaga gagal meletakkan tanda harga pada barangan dijual dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, selain menggunakan alat timbangan yang tamat tempoh sah.

“Nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1,500 dan sitaan barang serta laporan polis turut dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yahya berkata tindakan penguatkuasaan itu dibuat bertujuan melindungi pengguna daripada peniaga tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.


Beliau mahu peniaga agar mematuhi arahan termasuk mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan masing-masing, di samping mengingatkan pengguna supaya mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

Sebarang aduan boleh disalurkan terus melalui [email protected], SMS ke 1588 dengan menaip ‘KPDNKK ADUAN ‘ atau menghubungi KPDNKK Sabah di talian 088-484500. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori