• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WGN Pantau Peniaga Jual Produk Dari Pembekal Luar 

oleh AK-47
08/01/2016
dalam Gajet, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembekal solo produk IT Mara Digital, WGN Scan Sdn Bhd berkata mereka akan memantau mana-mana peniaga yang bertindak menjual alat elektronik dari pembekal luar bagi menjamin kualiti jualan produk di sana.

WAN
Pengurus Besar WGN Scan Sdn Bhd., Wan Mohd Zaffique.

 Menurut Pengurus Besarnya, Wan Mohd Zaffique, 26, setiap hari pekerjanya akan melakukan pemantauan untuk melihat sekiranya ada mana-mana peniaga menjual produk yang bukan dibekalkan melalui mereka.

“Kita akan monitoring, cara kita buat, kita akan buat checking setiap pagi, kalau kita nampak model produk itu bukan daripada kita, kita akan kata tak boleh jual dan buat surat amaran kepada penjual tersebut.

“Tujuan kita lakukan ini adalah untuk menjaga kualiti produk-produk yang dijual di sini.

“Kita (WGN Scan) membekalkan barang-barang IT tulen seperti laptop, printer, telefon bimbit dan projektor yang berjenama demi menjaga kualiti,” katanya ketika ditemui Mynewshub di sini hari ini.

WGN
WGN 2
Setakat ini sebanyak 36 penjual merangkumi lot kedai dan kiosk sudah beroperasi sepenuhnya sejak ia mula dilancarkan pada 8 Disember lalu oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Bercakap mengenai sambutan di lokasi tersebut, Wan Mohd Zaffique berkata, setakat ini sambutan sangat memberangsangkan malah mereka sama sekali tidak menjangkakannya.

“Memang kita tak expect ada sambutan ramai, kita tak jangka sebab kita baru je bukak sebulan jadi kita tak expect jualan tu double (berganda).

“So far tenants dah penuh kita mengalu-alukan produk kedai-kedai pelik selain laptop dan handphone (untuk beroperasi di sini),” katanya lagi.

Sementara itu, kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan telekomunikasi pula dijadualkan bakal beroperasi sepenuhnya mulai 10 Januari ini.

Mara Digital beroperasi di aras tiga Kompleks Mara, Jalan Raja Laut dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

FSH_1232
Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  FISHA HANUDIN

Tags: MARAMara Digitalpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd