• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Lelaki Melecur, Rumah Terbakar Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang wanita maut manakala seorang lelaki melecur 40 peratus di badannya dalam kebakaran sebuah rumah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di kawasan perumahan Hala Bekor 2, Taman Pertama itu, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas kerana asap tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P.Samasuvam berkata tiga mangsa berada dalam rumah itu dan anggotanya terpaksa memecahkan pintu belakang rumah untuk mengeluarkan semua mangsa.

“Mangsa lelaki yang melecur 40 peratus di badannya dan seorang lagi wanita yang mengalami sesak nafas kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mendapatkan rawatan manakala mangsa yang terkorban turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Samasuvam pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kebakaran itu pada pukul 2.06 pagi dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Katanya tiga jentera bomba dari Jalan Kompleks Sukan serta satu unit pasukan Kecemasan Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (ERMS) dengan kekuatan 20 anggota berjaya memadam kebakaran dalam tempoh 10 minit.

Identiti kesemua mangsa dan punca kebakaran belum dikenal pasti, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kJ3dH2JdOZk[/wpdevart_youtube]

Tags: Bombakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd