• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul TPPA Dibentang Pada Sidang Khas Parlimen Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.

Anggota Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPPA dalam sesi khas dua hari bermula Selasa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi perjanjian itu.

Berdasar kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, kerajaan dalam usul itu juga akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan.

Mustapa akan turut mencadangkan bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia dalam TPPA, Dewan Rakyat menyeru semua pihak bersama-sama berusaha menjayakan matlamatnya.

Selepas sesi khas dua hari di Dewan Rakyat, Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Jan.

Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Okt 2015. – BERNAMA

Tags: ParlimenTPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd