• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Perlu Wujudkan Pekerjaan Sementara

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Mohamed Aslam Haneef, berkata antara peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan dalam kampus adalah seperti di bahagian pentadbiran, koperasi dan pengurusan perpustakaan.

“Sebenarnya di universiti ada banyak pekerjaan sambilan dan tidak salah sekiranya peluang itu diberikan kepada mahasiswa yang memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.

“Universiti boleh membuka tawaran pekerjaan itu mengikut kesesuaian mahasiswa dengan membayar mereka mengikut jam bekerja sekali gus mengurangkan pengambilan pekerja dari luar,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai nasib pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terpaksa ‘mengikat perut’ dan mencatu makanan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pekerjaan yang ditawarkan itu mestilah bersesuaian dengan tugas serta waktu kuliah mahasiswa tanpa mengabaikan peranan mereka sebagai pelajar.

Sementara itu, Mohamed Aslam berkata, dalam usaha menjimatkan kos pembelian buku rujukan, pentadbiran universiti perlu mengambil peranan membeli buku terpakai daripada bekas pelajar untuk dijual semula kepada mahasiswa baharu dengan harga berpatutan.

Kaedah itu boleh mengurangkan kos pembelian buku baharu yang mahal sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa membelanjakan wang mereka bagi urusan lain seperti tugasan luar kampus yang memerlukan perbelanjaan yang lebih.

“Kaedah ini sudah ada tapi perlu diperluaskan lagi kerana difahamkan kebanyakan buku rujukan yang digunakan mahasiswa diterbitkan di luar negara yang nilainya lebih tinggi,” katanya.

Mohamed Aslam turut mencadangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneliti kembali jumlah pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Jelasnya cadangan itu bertepatan dengan kenaikan pelbagai kos perbelanjaan dalam melaksanakan tuntutan sebagai pelajar seperti bahan pencetakan, keperluan menyewa rumah, bayar bil elektrik serta tugasan luar kampus. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QIuUj4jOjcU[/wpdevart_youtube]

Tags: pekerjaanUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd