• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unggas, Kupu-Kupu Turut Terkesan Dengan Fenomena El Nino

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesan cuaca panas akibat El Nino yang melanda negara kini bukan sahaja dirasai oleh manusia, tetapi unggas dan kupu-kupu di taman sekitar ibu kota turut menerima bahangnya.

Pegawai Veterinar Taman Burung Kuala Lumpur, Dr. Kartini Ahmad berkata burung mudah terdedah terhadap tegasan haba, justeru pemantauan rapi termasuk melakukan sedikit perubahan terhadap rutin penjagaan perlu bagi memastikan kesemua unggas dan kupu-kupu di taman itu tidak terjejas.

Bagi mengelak burung dalam taman itu mengalami tegasan haba, penyesuaian dibuat terhadap air minuman selain bekas mandian tambahan disediakan untuk keselesaan kira-kira 3,000 ekor burung daripada 200 spesies yang terdapat di taman itu.

“Burung-burung akan diberi campuran vitamin dan elektrolit dalam air minuman mereka setiap dua hari sekali untuk rawatan mengurangkan kadar tegasan haba pada burung berkenaan.

“Selain itu, bekas tambahan untuk mandian burung turut disediakan di dalam sangkar agar burung-burung dapat mandi dan menyejukkan badannya sekiranya terasa panas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya Dr. Kartini, bagi kawasan burung yang terbang bebas pula, pokok-pokok dibiarkan tumbuh merimbun dan tiada pemotongan dahan pokok dilakukan untuk memberikan lebih banyak tempat teduhan, di samping dapat mengurangkan kenaikan suhu di kawasan aviari terbang bebas serta dalam sangkar.

Pemantauan berkala juga dilakukan bagi memastikan burung dalam taman tersebut selesa dan sihat setiap hari, kata Dr. Kartini.

Mengenai kes kematian burung ketika cuaca panas, Dr. Kartini berkata setakat ini tiada sebarang kematian burung atas faktor panas atau kesan tegasan haba akibat perubahan cuaca panas dilaporkan di taman burung itu.

Seorang petugas dari Taman Rama-rama Kuala Lumpur pula berkata petugas taman akan menyiram pokok sekerap mungkin bagi memastikan pokok di dalam taman tidak terlalu kering.

“Selalunya ketika cuaca panas, kita akan siram tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang,” katanya yang turut memaklumkan terdapat kira-kira 5,000 ekor kupu-kupu daripada lebih 60 spesies di seluruh negara di taman berkenaan.

Menurutnya kadar kematian kupu-kupu biasanya bukanlah disebabkan faktor cuaca panas kerana kupu-kupu mampu hidup lebih lama dalam cuaca itu berbanding ketika cuaca hujan.

Pada 9 Januari lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata intensiti hujan negara dijangka berkurangan antara 20 hingga 60 peratus bermula bulan ini, ekoran fenomena El Nino sedang melanda Malaysia pada masa ini.

Menurutnya tahap El Nino kini dikategorikan sebagai ‘kuat’ dan dijangka suhu negara meningkat antara 0.5 dan dua darjah Celsius.

Beliau berkata impak El Nino yang kuat itu akan berterusan sehingga April dengan negeri-negeri di utara Semenanjung sudah mula menerima kesan fenomena berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ohPDkESkeCU[/wpdevart_youtube]

Tags: El Nino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd