• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren shuttle Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth mula beroperasi hari ini dengan kadar tambang bermula RM1 melibatkan 13 stesen perhentian.

KTM Berhad dalam kenyataan berkata tiga koc disediakan menawarkan enam perjalanan secara keseluruhan bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth sehari, yang mengambil masa perjalanan 1 jam 45 minit sehala.

“Kadar tambang bagi perkhidmatan ini amat berpatutan iaitu serendah RM1 hingga RM11.40 bagi perjalanan sehala untuk dewasa.

“KTMB turut menawarkan tiket konsesi dengan tambang separuh harga bagi warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak di bawah empat tahun adalah percuma,” menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB perkhidmatan KTM Komuter itu akan berhenti di 13 stesen iaitu Butterworth, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Tasik Gelugor, Sungai Petani, Gurun, Kobah, Alor Setar, Anak Bukit, Kodiang, Arau, Bukit Ketri dan Padang Besar.

Jadual perjalanan setiap hari dari Butterworth akan bermula pada 5.45 pagi, 10.45 pagi dan 3.30 petang manakala perjalanan dari Padang besar akan bermula pada 8 pagi, 12.50 tengah hari serta 6.30 petang, menurut kenyataan KTMB.

Dalam pada itu KTMB memaklumkan perkhidmatan tren elektronik (ETS) EG9501 dan EG9502 dari Butterworth-Padang Besar-Butterworth ditamatkan perkhidmatan bermula Jumaat.

“Penumpang yang telah membeli tiket boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh di mana-mana kaunter tiket KTM Antarabandar dan ETS,” tambah KTMB.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 0322671200 atau layari twitter @ktmkomuter. – BERNAMA

Tags: ERLKTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf kepada penumpang susulan gangguan yang menjejaskan perkhidmatan ETS dan KTM...

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd