• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA: Pakatan Harapan Ambil Keputusan Sebelum Perbahasan Selesai

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan awal-awal mengambil ketetapan menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) sebelum perbahasan mengenai perjanjian itu di Dewan Rakyat dimuktamadkan hari ini.

Pengumuman lebih awal itu dipercayai bagi memberi tekanan kepada para Ahli Parlimen Pakatan Harapan supaya mengikut kehendak parti membantah TPPA walau apa jua fakta positif yang dibentangkan pihak kerajaan.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan media secara bersama lewat petang semalam oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

Mereka tetap mendakwa kononnya negara tidak memperolehi keuntungan ekonomi yang signifikan daripada TPPA sebaliknya memperlihatkan kerencatan dan hakisan imbangan perdagangan yang ketara meskipun perkara berkenaan telah diperjelaskan sebaik mungkin oleh pihak kerajaan.

“Malahan tidak ada jaminan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara yang bakal terdedah dengan persaingan global akan diberi bantuan yang mencukupi, secara kewangan dan teknikal, untuk membantu mereka menghadapi kesan TPPA.

“Ini akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan penutupan syarikat yang akan membawa kesan negatif kepada ekonomi negara,” dakwa mereka.

Mereka mendakwa, walaupun Pakatan Harapan mengakui bahawa Malaysia adalah negara pengeksport dan perjanjian perdagangan adalah penting, bagaimanapun TPPA bukanlah perjanjian perdagangan biasa.

Dakwa mereka lagi, TPPA kemungkinan akan menyebabkan kerajaan pusat dan negeri menanggung kos akibat disaman syarikat asing, melambatkan kemasukan ubat-ubatan generik ke pasaran tempatan sekali gus mengekalkan harga tinggi ubat-ubatan.

“Setelah mempertimbangkan secara teliti kos dan faedah TPPA, Pakatan Harapan berpendapat bahawa Malaysia perlu menolak TPPA,” kata tiga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan berkenaan. – mynewshub.cc

Tags: pakatan harapanTPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd