KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima kunjungan Tentera Laut Bangladesh (TLB) selama tiga hari bermula hari ini di Jeti Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pangkalan TLDM Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Markas TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata dua buah kapal milik TLB iaitu BNS SHADHINOTA dan BNS PROTTOY, yang dalam rangka kerja ke negara ini, tiba di jeti berkenaan pada pukul 9 pagi ini, setelah belayar dari Yantian, China.
“Kedua-dua kapal ini adalah jenis Korvet Type 056 berkelajuan 25 knot buatan China Shipbuilding Industry Corporation, Wuchang, China.
“Sebanyak 23 pegawai dan 137 anggota TLB berada di dalam kedua-dua kapal yang dilengkapi keupayaan meriam utama 76mm, meriam anti-udara 30mm dan peluru berpandu permukaan ke udara,” menurut kenyataan itu.
Ketibaan mereka hari ini disambut Ketua Pegawai Staf Dasar dan Pembangunan Pusat Hidrografi Nasional TLDM Komander Kamaruddin Yusoff dan Pegawai Koordinasi TLDM Left Komander Zayyani Mohd Fauzi. – BERNAMA

