• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Virus Serotip Baharu Denggi Ditemui

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada virus serotip baharu bagi demam denggi ditemui dan kemungkinan wujudnya serotip baharu Den 5 yang dilaporkan media masih belum disahkan secara saintifik.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan varian/strain/serotip berkenaan dan kesan kesihatan awam serta klinikalnya.

“Jika kita boleh menguruskan dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk aedes, kita mampu menangani masalah denggi, tidak kira apa pun jenis virus serotip yang datang,” kata Dr Lokman Hakim dalam kenyataan semalam.

Menurutnya dari segi perubatan, tiada ubat khusus yang boleh digunakan untuk membunuh virus denggi yang ada sekarang.

Oleh itu, rawatan bagi varian/strain/serotip baharu itu bukan satu isu kerana asas sedia ada terus kekal dalam menguruskan pesakit denggi, kata Dr Lokman Hakim.

“Walaupun kemungkinan virus itu untuk merebak (daripada monyet kepada manusia) tetap ada, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi denggi dan banyak lagi ‘flavivirus’ (seperti virus demam kuning) sejak wujudnya kitaran ‘sylvatic’.

“Bagi kawalan kesihatan awam, pendekatannya sama. Oleh kerana ia berkongsi vektor nyamuk yang sama, asas kawalan denggi diguna pakai dalam mengurangkan puncanya,” katanya.

Dr Lokman Hakim berkata bagi pesakit individu, diagnosis daripada makmal semasa di hospital yang digunakan di seluruh dunia akan dapat mengesannya.

Ini disebabkan antibodi ketika ini boleh digunakan untuk pemeriksaan berikutan antibodi yang dihasilkan ketika menghidap denggi sering menunjukkan ada sedikit tindak balas silang antara semua virus serotip denggi, katanya.

Pendekatan diagnostik molekul boleh digunakan di mana flavivirus primer tertentu digunakan untuk memilih virus serotip berkenaan dan seterusnya menentukan identitinya, kata Dr Lokman Hakim. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rWWXzSco8ko[/wpdevart_youtube]

Tags: demam denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd