• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Revenant Kuasai Pencalonan Oscar 2016

oleh AK-47
15/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM The Revenant menguasai pencalonan Anugerah Oscar 2016 dengan meraih 12 pencalonan seperti mana yang diumumkan semalam.

Naskhah hebat itu dibintangi aktor berbakat besar, Leonardo DiCaprio yang tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, pengarahnya, Alenjando Inarritu (Pengarah Terbaik) dan Tom Hardy (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik).

leo1
Pengarah The Revenant, Alejandro Gonzalez Inarritu (kiri), Tom Hardy dan Leonardo DiCaprio.

Selain itu, The Revenant turut tercalon dalam kategori Sinematografi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Editing Terbaik, Solekan Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Bunyi Terbaik, Visual Terbaik, Pengadunan Bunyi Terbaik dan Filem Terbaik.

Bagi Leonardo, pencalonan tahun ini merupakan pencalonan kelima dalam kerjayanya.

Sebelum ini dia tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Aviator (2005), Blood Diamond (2007), The Wolf of Wall Street (2014) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem What’s Eating Gilbert Grape (1993).

Sebelum ini, Leonardo tidak pernah sekali pun memenangi sebarang trofi dalam anugerah berprestij itu sekalipun bakat lakonannya memang tidak disangkal oleh mana-mana pihak.

Adakah tahun ini merupakan tahun kegemilangan untuk pelakon kacak ini?

Sama-sama kita nantikan Oscar 2016 yang berlangsung pada 28 Februari ini di Dolby Theatre, California, Amerika Syarikat.

Majlis penganugerahan Oscar yang ke-88 ini bakal dihoskan pelakon komedi, Chris Rock yang pernah menggalas tugas sama pada 2005. – MYNEWSHUB.CC

oscar

Tags: hollywoodmyArtisoscarselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd