• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Catat 230 Kes Denggi Dalam Masa 15 Hari

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kes demam denggi terus mencatat peningkatan di Terengganu dengan 230 kes direkodkan setakat semalam berbanding 61 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong berkata ia adalah peningkatan sebanyak 277 peratus dan trend kenaikan itu sangat membimbangkan.

“Sebab itu kita mahu orang ramai terus mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes tanpa perlu menunggu arahan atau tindakan dari jabatan dan agensi kerajaan terutama bagi kawasan lokaliti wabak.

“Kerajaan negeri berharap gotong-royong perdana yang diadakan di 27 lokaliti wabak di semua daerah di Terengganu hari ini akan menjadi titik permulaan untuk rakyat mengekalkan tahap kebersihan di sekitar rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis gotong-royong perdana di Masjid Bukit Besar di sini, Sabtu.

Lebih 500 orang terlibat dalam gotong-royong itu termasuk 100 sukarelawan iM4U, 40 sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu, 30 anggota Rela, 50 pelajar Kolej Kejururawatan, anggota Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, penduduk setempat dan lapan anggota bomba.

Sehingga kini, masih terdapat 100 pesakit denggi sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan tiada lagi pesakit kritikal dilaporkan di hospital berkenaan.

Mohd Zubir berkata terdapat dua lokaliti wabak baharu dikesan di Kuala Terengganu iaitu di Kondo Rakyat Kuala Ibai dan Lorong Bakti di mana lima kes dilaporkan di dua lokaliti itu sejak Rabu lalu.

“Kampung Panji Alam pula mencatatkan kes denggi yang tertinggi iaitu 24 kes diikuti Kampung Losong Haji Su (18 kes) dan Kampung Losong Haji Mat Shafie (13 kes),” katanya.

Dalam pada itu katanya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pemeriksaan di 7,837 premis dan dari jumlah itu sebanyak 173 premis didapati positif pembiakan Aedes. – BERNAMA

Tags: demam denggiTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd