Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kakak Bobby Brown Nafi...

KAKAK kepada bekas suami mendiang Whitney Houston, Leolah menafikan khabar angin mengatakan anak...

APAD Mampu Tingkatkan Kualiti...

GUA MUSANG - Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Se-Malaysia yakin penubuhan Agensi Pengangkutan...

Pelancong Jerman Mintak Hisham...

Normal kalau kita pergi melancong, ada kemungkinan orang akan meminta tolong pada kita...

RUU Peringkat Jawatankuasa Bagi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan)...

Tasha Shila Nafi Kekasih Kapten, Baru Nak Kenal Hati Budi Katanya

PELAKON kontroversi, Tasha Shila mengakui dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki bergelar kapten namun menafikan yang mereka sedang hangat bercinta.

Menurutnya, dia mengambil iktibar daripada perbuatannya sebelum ini yang gemar berkongsi segala kisah tentang diri dan kehidupan di laman sosial miliknya.

Ketika berbahagia bersama bekas kekasihnya, Hans Wong.
Tasha ketika berbahagia bersama bekas kekasih, Hans Wong.

Tasha berkata, “Kami cuma berkawan dan tiada ikatan cinta. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai soal hati dan biarlah kisah cinta saya dengan Hans dulu adalah yang terakhir diketahui umum.

“Selagi tiada ikatan yang sah, saya tidak akan bercerita kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Kalau saya bertunang atau akan berkahwin, saya akan jemput dan maklumkan kepada semua, bukan lagi menjaja kisah cinta.”

Sewaktu sedang hangat bercinta dengan Hans Wong dahulu, dia sering dikritik para peminatnya kerana sifat keterbukaan dalam pelbagai perkara.

Antara pelakon yang berbakat besar di Malaysia dalam dunia lakonan.
Antara pelakon yang berbakat besar di Malaysia.

Selain itu, Tasha berkongsi harapannya agar tahun baharu ini akan membawa dirinya menjadi lebih baik dan jauh dari kontroversi yang hanya menjatuhkan namanya.


Pelakon yang terkenal menerusi drama Nasuha, Terukir Di Bintang dan Saleha ini berazam untuk terus maju dalam industri seni tanah air.

Sumber: BH Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=7dq_cUt5XMc]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori