• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarik Iklan Persenda Warna Kulit Di Thailand

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sebuah syarikat kecantikan di Thailand semalam menarik balik satu iklan pil pemutih kulit selepas dikecam di media sosial kerana menggunakan slogan ‘Putih menjadikan anda seorang pemenang.’

Iklan oleh syarikat Seoul Secret itu mempromosikan kapsul pemutih kulit terbaharunya, Snowz dengan menampilkan selebriti, Cris Horwang sebagai jurucakapnya.

Model dan aktres berusia 35 tahun itu memberitahu, kejayaannya dalam bidang seni disumbangkan oleh warna kulitnya yang putih.

“Bukan senang untuk kekal pada tahap ini pada jangka masa yang lama.

“Sekiranya saya berhenti menjaga badan dan kulit saya yang putih, mungkin semua ini akan hilang,” katanya.

Cris kemudiannya dilihat mengenakan alat solek yang menghitamkan wajahnya dan berdiri di sebelah seorang wanita berkulit cerah.

“Pendatang baharu akan menggantikan saya dan menjadikan saya bintang yang pudar,” tambahnya.

Krim dan pil pemutih sangat popular di Thailand kerana individu yang berkulit cerah dianggap lebih cantik berbanding mereka yang berkulit gelap.

Bagaimanapun, iklan itu dikecam teruk menerusi media sosial kerana dianggap berunsur perkauman.

“Menyatakan mereka yang berkulit gelap sebagai seorang yang gagal adalah sangat berunsur perkauman,” kata Tammaijang dalam satu forum Internet.

“Mempunyai kulit gelap juga boleh menjadi cantik dan bukannya sesuatu yang memalukan,” kata seorang lagi pengguna media sosial. – AFP

[wpdevart_youtube]HEmkAKbfxD8[/wpdevart_youtube]

Tags: iklankulit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tahun Ini, Fokus Utama Adalah Dapatkan Anak” – Siti Nurhaliza

Next Post

Akademi Hoki Pahang Mampu Lahirkan Bakat Baharu

Related Posts

Jangan Biar Kenderaan Plat Asing Beli RON95 – Fuziah

Berbalut 24 Jam Sehari

08/02/2024
0

Puchong: "Setiap empat jam saya gunakan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anak saya," kata Ku Sarah Syahidah Ku Muhamad. IKUTI...

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

Next Post

Akademi Hoki Pahang Mampu Lahirkan Bakat Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd