• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taliban Serang Restoran Perancis Di Kabul

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kabul – Seorang pengebom berani mati Taliban merempuh kereta dipandunya yang berisi bahan letupan ke dalam sebuah restoran Perancis yang popular dalam kalangan warga asing di Kabul pada hari pertama Tahun Baru, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kabul Fraidoon Obaidi berkata, 18 lain cedera dalam serangan di Le Jardin itu.

Emergency Hospital di Kabul berkata di akaun Twitternya, bahawa seorang yang maut termasuk budak lelaki berusia 12 tahun.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengumumkan di Twitter bahawa beberapa orang asing terbunuh dalam serangan itu.

Menurut polis, Taliban gagal memasuki pekarangan restoran itu selepas meletupkan pintu masuk utamanya. Seorang suspek sudah ditahan.

Le Jardin mempunyai kawalan keselamatan lebih tinggi berbanding restoran lain di Kabul yang dilanggani orang asing.

Pada Januari 2014, 21 orang termasuk 13 rakyat asing terbunuh dalam serangan militan di sebuah restoran Lubnan di Kabul.

Sementara itu, kejadian Jumaat lalu itu dikutuk Presiden Ashraf Ghani.

“Perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa adalah kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, malah tidak diterima mana-mana agama sekalipun. Mereka yang membunuh rakyat Afghanistan yang tidak berdosa tidak layak merunding keamanan,” katanya.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas ketua tentera Pakistan, Jeneral Raheel Sharif melawat Kabul dalam usaha memulakan usaha rundingan dengan Taliban. – AFP/myMetro Online

Tags: restorantaliban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Perjanjian, Kerjasama Pendidikan Dengan Taliban

Tiada Perjanjian, Kerjasama Pendidikan Dengan Taliban

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi atau kerjasama strategik dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd