• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahan Seks Ganas, Isteri Potong Zakar Suami Di Jelebu

oleh AK-47
20/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

DEK kerana tidak tahan dengan perlakuan ganas suaminya sewaktu berhubungan seks, seorang wanita tempatan bertindak nekad memotong zakar si suami ketika sedang tidur, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, mengakibatkan mangsa yang merupakan warga Pakistan menjerit kesakitan dan bertindak melarikan diri dalam keadaan bahagian kemaluannya bercucuran darah.

Lelaki berusia 44 tahun tersebut, pergi membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir, Jelebu, Negeri Sembilan kira-kira jam 1.55 pagi.

Anggota polis yang terkejut melihat kemunculan mangsa dalam keadaan berlumuran darah, segera mengejarkan mangsa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan.

Bahagian kemaluan mangsa yang telah dipotong kemudian diambil di rumahnya dan dibawa ke hospital untuk disambung semula.

Difahamkan, isteri mangsa yang berusia 51 tahun memotong kemaluannya menggunakan sebilah pisau cukur sejurus selepas menanggalkan seluar lelaki itu secara berlahan-lahan ketika dia nyenyak tidur.

Pasangan ini dikatakan mendirikan rumah tangga sekitar bulan Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian ini.

Menurut Noorzainy, mangsa telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk menyambung semula kemaluannya dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Isteri mangsa dilaporkan telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata bahaya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemaluanSuami Isterizakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

Polis Kelantan Tahan Suami Isteri Bersama 90kg Ganja

Polis Kelantan Tahan Suami Isteri Bersama 90kg Ganja

13/07/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri dan merampas 90 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat dan bunga ganja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd