Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Tak Mahu...

NAMPAKNYA kali ini pengacara sensasi, Azwan Ali dilihat enggan memberikan sebarang komen mengenai...

Budak Perempuan Jatuh Eskalator...

MALANG tidak berbau! Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan parah apabila patah kaki kanan...

2018 Tahun Bertuah, Masdo...

TERDAHULU, kumpulan indie ini dikenali dengan nama The Lipstik, tetapi akibat rombakan ahli...

Bendera Johor, Daerah Dikibar...

JOHOR BAHRU - Bendera negeri Johor, bendera daerah-daerah dan persatuan dikibarkan separuh tiang...

Syed Faizuddin Gesa Pelajar Jangan Mudah Berputus Asa

DHAKA – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa pelajar supaya tidak mudah berputus asa, sebaliknya lebih bersemangat dan menguatkan azam apabila berdepan cabaran getir.

Baginda bertitah mereka juga perlu berinovasi, bekerja keras dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa “tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini”.

“Mustahil tetap jadi mustahil sehinggalah seseorang itu melakukannya buat kali pertama, kemudian ia tidak lagi mustahil. Suatu masa dahulu, manusia percaya bahawa bumi ini datar dan persegi, hinggalah seorang pengembara mengelilingi dunia dan membuktikan sebaliknya.”

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada istiadat konvokesyen ke-5 Daffodil International University (DIU) di sini semalam.

“Ijazah di tangan anda akan menjadi batu loncatan yang hebat untuk melancarkan kerjaya serta kehidupan anda, Justeru, adalah mustahak untuk merancang kerjaya anda dengan teliti agar dapat memberi kesan terbaik bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan juga kepada keluarga, masyarakat, seterusnya negara dan agama Islam,” titah baginda.

Baginda turut meminta pelajar Bangladesh supaya meninjau sistem pendidikan di Malaysia dan mengambil peluang daripada apa yang boleh dipelajari di sana.


Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), bertitah Malaysia memperkenalkan banyak pendekatan agar seiring dengan keadaan dunia yang kian berubah dan kehendak semasa yang akan menjana pembangunan lebih tersusun dalam bidang pendidikan tinggi.

“Pelajar di Malaysia boleh memilih sama ada untuk mengikuti pengajian yang dikendalikan di dalam negara, program akademik berkembar, vokasional, latihan teknikal atau kemahiran,” titah baginda.

Pada istiadat itu, sejumlah 3,682 graduan DIU menerima ijazah masing-masing di Kampus Tetap DIU di Savar, Dhaka, termasuk 785 ijazah sarjana.

Istiadat konvokesyen itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Bangladesh Nurul Islam Nahid dan turut dihadiri Naib Canselor UniMAP Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengarah Serantau Pendidikan Malaysia (Asia Tengah, Barat dan Selatan) Shuhilil Azam Shuib. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iebRSrThoCQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori