• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri, 2 Anak Kecil Warga Thailand Antara 28 Pati Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri warga Thailand bersama dua anak kecil berusia setahun dan dua tahun ditahan dalam Op Ikrar Jabatan Imigresen Terengganu.

Mereka adalah antara 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang turut ditahan berikutan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Terengganu, Ahmad Salihin Salleh berkata pasangan berusia 37 dan 30 tahun itu dikatakan masuk ke negeri ini sejak dua tahun lalu dan bekerja di sebuah kedai makan di Kampung Durian Burung, di sini.

Ahmad Salihin berkata operasi yang disertai 19 anggota dan pegawai imigresen serta 10 pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bermula pukul 3 petang hingga pukul 8 malam.

Katanya operasi yang memberi tumpuan pada kedai makan, premis menjual perabot dan karpet di kawasan bandar dan daerah Kuala Nerus itu adalah tindakan susulan selepas mengeluarkan amaran sebelum ini kepada majikan supaya tidak menggaji pekerja tanpa permit.

Beliau berkata, dalam operasi hampir lima jam itu, pihaknya memeriksa seramai 51 pekerja asing dan hanya menahan 28 daripada mereka.

“Daripada 28 orang yang ditahan itu 22 orang adalah membabitkan PATI dari negara Thailand, manakala masing-masing tiga dari Myanmar dan Pakistan ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katanya.

Ahmad Salihin berkata pemeriksaan mendapati seramai 23 orang dikesan melakukan kesalahan mengikut Perkara 39b Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan lima orang lagi ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya kesemua PATI terbabit berusia antara satu hingga 47 tahun dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd